KUNJUNGAN HORMAT YBRS. PENGARAH KESELAMATAN NEGERI MKN PULAU PINANG KE ATAS YDH. KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG

Georgetown, 20 Jun 2023 – Satu kunjungan hormat oleh YBrs. Tuan Haji Jalil Husni bin Yahaya, Pengarah Keselamatan Negeri (PKN) Pulau Pinang, MKN JPM kepada YDH. CP Dato’ Khaw Kok Chin, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada pagi Selasa bertempat di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Beberapa perkara telah dibincangkan dalam kunjungan hormat ini antaranya pengukuhan kerjasama antara agensi kerajaan, isu-isu keselamatan dalam negeri Pulau Pinang, persediaan Pilih Raya Negeri (PRN) yang akan datang dan penyelarasan mesyuarat bersama.
Turut hadir bersama YBrs. PKN Pulau Pinang adalah DSP Ahmad Hamdi bin Jamaludin, Penolong Pengarah (PDRM) MKN Pulau Pinang, manakala dari IPK Pulau Pinang adalah ACP Haizam Shah bin Othman, Timbalan Ketua Cawangan Khas dan DSP Mogan A/L Subramaniam, Pegawai Turus Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …