KETAKSUBAN SUATU ANCAMAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah telah mengadakan Program Pemikiran Strategik DKN 2021-2025 : Pembentukan Minda Keselamatan Bersama Pelajar Akademi Darul Iftak, Sungai Petani, Kedah.

Program yang menghimpunkan seramai 60 orang pelajar akademi itu bermula dengan perkongsian oleh Sheikh Hakimin Hassan, Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, dengan tajuk ‘Khurafat dan Ancaman Kepada Keselamatan Negara’.

Selain berkongsikan mengenai amalan-amalan karut dan tahyul yang masih diamalkan sesetengah penganut agama Islam, isu ketaksuban kepada sesuatu pegangan juga dibangkitkan sebagai satu ancaman senyap di dalam masyarakat yang mampu memberi kesan kepada keamanan negara melalui beberapa contoh yang pernah berlaku seperti kes Al-Maunah dan Al-Arqam.

Seterusnya, para pelajar didedahkan dengan aktiviti permainan papan yang dilihat berjaya menerapkan konsep dan elemen keselamatan secara santai dan mudah difahami oleh kelompok pelajar ini. Teras keselamatan berkait Pembangunan Mampan, Keutuhan dan Kedaulatan Wilayah dan Keadilan Sosial merupakan antara yang diperjelaskan di dalam sesi ini, sesuai dengan kelompok peserta yang terlibat.

Turut hadir dalam program ini ialah Encik Mohd Zawawi Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Ustaz Wadi Annuar, Pengasas Akademi Darul Iftak, dan Ustaz Annuar Faiz Mohd Desa, Pegawai Akademik Akademi Darul Iftak.

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut