PROGRAM COMMUNITY EMPOWERMENT (CE) SIRI 1/2023

Program kerjasama antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Dungun dan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun ini merupakan satu program yang dirangka untuk memperkasakan komuniti sebagai agen kepada pengurusan keselamatan negara terutama dalam pembasmian kawasan berisiko tinggi dadah.

Program ini telah diadakan pada 17 Jun (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari dan diadakan di Balai Raya Sura Melati, Dungun, Terengganu dengan melibatkan seramai hampir 100 orang komuniti Mukim Sura dan AJK terlibat.

Seterusnya, siri kedua Program ini telah dijadualkan pada 24 Jun 2023 melibatkan komuniti Mukim Kuala Dungun pula. Antara pengisian program adalah penyampaian Taklimat oleh AADK dan MKN serta program outreach ke rumah-rumah penduduk bagi memberi penjelasan kepada isi rumah yang tidak berpeluang hadir ke lokasi program.

 

Perasmian penutup disempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah, En Fairul Hisyam bin Mat. Diharapkan program ini dapat memberi impak secara langsung kepada penigkatan kualiti pengurusan keselamatan komuniti Mukim Sura.

 

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut