PERHILITAN TANGKAP EMPAT EKOR GAJAH LIAR DI TANAH MERAH

 

TANAH MERAH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap empat ekor gajah liar di Kampung Peralla 1 di sini, Rabu lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, tangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada penduduk terdapat sekumpulan gajah liar berkeliaran dan merosakkan pokok kelapa sawit di kawasan berkenaan.

Hasil tinjauan di lokasi mendapati 10 ekor haiwan liar itu telah bergerak ke kawasan kebun getah penduduk. Susulan itu, dua ekor gajah betina dewasa bersama dua ekor anak kecil berjaya ditangkap menggunakan ubat pelali.

Gajah liar berkenaan didapati sering menceroboh beberapa kampung sekitar antaranya Kampung Peralla, Air Berdang, Air Kerla, Bukit Pauh, Bukit Durian, Kelisar dan Kampung Lepan Bola.

Hasil pertanian yang telah dimusnahkan oleh kumpulan gajah liar ini ialah kelapa sawit, kelapa, getah dan pisang yang dianggarkan bernilai RM150,000.

 

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …