PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA SUKARELAWAN RELA DI KAMPUNG IBOK, KIJAL, KEMAMAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu telah mengadakan Program Kesedaran Kesalamatan bersama Sukarelawan RELA di Kampung Ibok, Kijal, Kemaman pada 13 Februari 2023.

Taklimat keselamatan telah diberikan oleh wakil daripada MKN negeri Terengganu iaitu Penolong Pengarah Keselamatan Negeri, Encik Amirul Fahmi bin Yusof kepada 30 orang anggota RELA yang telah hadir. Pengisian lain program ini ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Kampung Ibok. Antara pengisian taklimat yang diberikan adalah berkaitan kesedaran keselamatan dan juga penerangan konsep Malaysia Madani dalam konteks Keselamatan Negara.

 

Turut disampaikan adalah sumbangan berupa beras dan barangan keperluan harian kepada penduduk kampung dan sebuah mesin rumput bagi kegunaan RELA dalam aktiviti kemasyarakatan. Ucapan terima kasih kepada warga RELA dan JPKK Kampung Ibok atas kerjasama dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut