STESEN KERETAPI SEREMBAN DIBANGUNKAN JADI TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan akan membangunkan semula Stesen Keretapi Seremban di sini sebagai sebuah terminal pengangkutan awam bersepadu.

Menurut menterinya, Anthony Loke Siew Fook, projek berfasa yang akan dibangunkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) itu adalah selari dengan konsep pembangunan Residensi Seremban Sentral berhampiran yang telah pun disiapkan.

Menurut beliau, ketika ini projek membaik pulih bangunan Stesen Keretapi Seremban yang bernilai RM8.3 juta sedang dijalankan melibatkan penaiktarafan parkir dan dijangka siap pada bulan Januari 2025.

Pihaknya memang telah meminta RAC untuk segera laksanakan menaik taraf Stesen Keretapi Seremban, ia tidak cukup untuk menampung permintaan dan juga kegunaan warga Seremban terutama apabila Residensi Seremban Sentral siap.

Konsep asalnya dari Residensi Seremban Sentral ia mesti bersambung dengan stesen keretapi, maksudnya berjalan kaki juga boleh jadi ini kami akan laksanakan, integrasi itu perlu ada, sekarang belum ada laluan pejalan kaki ke stesen. Akan ada kemudahan dan bangunan baharu yang akan ditambah di Stesen Keretapi Seremban, RAC sedang lihat beberapa rancangan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Pembangunan semula Stesen Keretapi Seremban itu nanti tidak akan menjejaskan bahagian bangunan itu yang mempunyai nilai warisan dan sejarah.

Fakad (muka bangunan) stesen tidak akan disentuh, struktur hadapan adalah warisan, ia kekal dengan nilai sejarahnya, tidak akan sentuh fakad tersebut, hanya akan bangunkan di bahagian belakang.

Projek pembangunan semula Stesen Keretapi Seremban itu nanti pastinya akan menyokong pembangunan Seremban Sentral yang bermatlamat untuk menerapkan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).

Residensi Seremban Sentral merupakan fasa pertama manakala fasa kedua akan mengandungi pembangunan bercampur. Konsep TOD yang bakal dibangunkan di kawasan ini akan menghimpunkan komponen-komponen seperti blok-blok  kediaman termasuk rumah mampu milik, pejabat, hotel, institusi, hab pengangkutan awam. Memandangkan Stesen Keretapi Seremban telah menjadi lokasi utama untuk orang ramai mengakses kepada pengangkutan awam, kemudahan dan infrastruktur lain yang akan dimuktamadkan kelak.

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …