OPS KHAS INSTITUT MEMANDU (OKIM)

Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah menjalankan Ops Khas (OKIM) di sekitar Negeri Sembilan pada 10 Jun 2023 lalu.

Tujuan operasi ini diadakan adalah membuat pemeriksaan keatas tenaga pengajar institut memandu bagi memastikan mempunyai sijil pengajar institut memandu (SPIM) dan sijil kenderaan institut memandu (SKIM) yg sah dan masih berkuatkuasa serta kenderaan yang digunakan semasa ujian pemanduan dalam keadaan baik dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah dibawahnya.

Tindakan penguatkuasaan ke atas ketidakpatuhan akan dilakukan bagi memastikan tenaga pengajar dan pemilik institut memandu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: FB JPJ Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

DAH ADA TuJu? JOM TuJu!

Sebelum gerak, semak dulu! Rancang perjalanan dan pantau trafik lebuh raya di hujung jari anda. TuJu menyediakan navigasi perjalanan serta …

DARIPADA MINAT MENJADI RINGGIT

Pada era digital yang serba moden ini, hobi tidak lagi sekadar mengisi masa lapang. Slogan “Daripada Minat Menjadi Ringgit” kini …

SUKAN DINIKMATI, KECEDERAAN DIHINDARI

Sukan dan aktiviti fizikal merupakan komponen penting dalam rutin harian untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, dan produktif. Amalan bersukan …