KEMPEN KELANTAN SIHAT TINGKATKAN PRODUKTIVITI NEGARA

 

KOTA BHARU – Program Kelantan Sihat 2023 ialah sinergi kerajaan negeri dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan supaya rakyat dapat bersama tangani masalah berkaitan penyakit tidak berjangkit di Kelantan.
Program tersebut merangkumi pemakanan sihat, aktif secara fizikal, tidak merokok dan mahir menangani stres.
Komitmen untuk memastikan rakyat sihat dan negeri bersih sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri yang memerlukan kerjasama masyarakat. Penyakit tidak berjangkit saban tahun semakin meningkat termasuk kepada golangan muda, akibat gaya hidup yang tidak sihat menunjukkan peningkatan penyakit obesiti, darah tinggi, masalah jantung dan juga kencing manis.
Kerajaan negeri akan merangka program yang lebih kerap agar mesej kesihatan sampai kepada rakyat dan seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …