SERIBU BENIH KARANG DITANAM SEMULA DI PULAU BIDONG

Sebanyak 1,000 benih karang ditanam semula di Pulau Bidong dalam usaha memulihkan populasi batu karang di perairan negara. Penanaman semula batu karang itu dilakukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Aquaria KLCC dalam program Ekspedisi Pemuliharaan Karang sempena sambutan Hari Laut Sedunia.

Menurut pakar penyelidik batu karang UMT, Prof. Madya Dr. Tan Chun Hong, kerjasama antara pusat pengajian tinggi itu dengan Aquaria KLCC yang bermula sejak 2018 menjadi pemangkin untuk pemulihan terumbu karang berskala besar di Malaysia. Anggaran seramai 40 orang sukarelawan tempatan, pelajar UMT dan kakitangan Aquaria KLCC terlibat dalam ekspedisi tersebut.

Melalui ekspedisi kali ini, penanaman semula benih karang di lokasi Pulau Bidong yang paling teruk terjejas akibat impak ribut Pabuk yang melanda pada Januari 2019. Pasukan penyelidik UMT akan memantau pertumbuhan semua benih karang yang ditanam ini secara berterusan kerana ancaman semula jadi seperti pemanasan suhu global dan pencemaran tetap berlaku.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …