AKIBAT CUACA PANAS, ORANG ASLI DI HULU TERENGGANU LARI KE HUTAN

Fenomena cuaca panas (El Nino) yang melanda negara pada masa ini, menyebabkan sekumpulan Orang Asli suku Semaq Beri di Hulu Terengganu, meninggalkan perkampungan mereka dan berpindah ke dalam hutan. Ianya menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu, dan berpindah ke dalam hutan di sekitar Tasik Kenyir pada setiap kali musim panas kerana keadaan di dalam hutan lebih sejuk, selain mampu mengurangkan risiko anak kecil mereka diserang demam panas.

Menurut seorang penduduk yang tinggal di dalam hutan, keadaan di hutan lebih berangin dan lebih sejuk. Anak-anak kecil kurang mengalami demam apabila berada di hutan berbanding berada di perkampungan di SUngai Berua. Mereka bukan menetap di suatu tempat sahaja di dalam hutan tetapi akan berpindah-randah kerana kerja utama mereka adalah mencari kayu dan jalan di tepi sungai untuk cari makan.

Ketua puak di penempatan sementara itu berkata mereka sudah tiga bulan meninggalkan kediaman dan akan kembali semula ke Sungai Berua apabila keadaan cuaca semakin baik. Selain di sekitar Tasik Kenyir, mereka juga turut menetap di beberapa kawasan hutan lain iaitu di Sungai Cendana dan Taman Negeri Terengganu.

Kawasan penempatan Orang Asli Semaq Beri di Sungai Berua diwujudkan lebih 35 tahun lepas setelah mereka dipindahkan dari Tasik Kenyir berikutan pembinaan loji air dan pembangunan di tasik berkenaan. Semaq Beri atau bermaksud kaum hutan kebiasaannya akan masuk ke hutan mencari hasil seperti rotan dalam tempoh tidak lebih dua minggu dan kemudiannya akan pulang semula ke kediaman mereka. Lazimnya, suku yang menggunakan dialek Terengganu itu secara tradisinya akan berpindah jauh ke dalam hutan bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku termasuk serangan wabak penyakit.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …