OPERASI PENGUATKUASAAN KESALAHAN TRAFIK DALAM OP REMPIT OLEH BPJKK DAN BSPT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

Satu operasi rempit yang melibatkan pelajar sekolah dan remaja telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 30 Mei 2023.

Dalam operasi tersebut lebih kurang 23 buah motosikal ditahan untuk pemeriksaan bagi pelbagai kesalahan tiada lesen memandu yang sah, tiada cukai jalan, kesalahan ubahsuai dan lain-lain kesalahan dan sebanyak 25 saman telah dikeluarkan.Selain itu, sebanyak 8 buah motosikal telah disita dan 4 orang remaja di tangkap dibawah Sek.42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menggangu pengguna jalan raya yg lain dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang dari lima ribu tidak lebih dari lima belas ribu.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada 19 …
Maklumat Lanjut

CUBAAN SELEWENG 850 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI BERJAYA DIPATAHKAN KPDN KELANTAN

PASIR MAS 20 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar sempadan negara …
Maklumat Lanjut

JHEAINS: SERAH SEGERA BUKU SUHUF ABRAHAM, SUKA DUKA PERJALANAN DHUL-QARNAIN

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengarahkan mana-mana pihak yang menjumpai dua buah buku berjudul Suhuf Abraham dan …
Maklumat Lanjut