CUBAAN MENYELEWENG 800 LITER MINYAL DIESEL GAGAL!

 

BACHOK – Seorang lelaki diberkas anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan selepas bertindak mengisi minyak diesel secara berulang untuk tujuan penyeludupan dalam serbuan di jalan Kampung Teratak Pulai di sini pada Selasa.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 6 pagi menerusi operasi bersepadu bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor dan unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah kereta Proton Wira Aeroback pihaknya telah menjumpai 800 liter minyak diesel di dalam tong. Nilai rampasan diesel itu dianggarkan berjumlah RM11,720 termasuk kereta yang digunakan untuk tujuan penyeludupan.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …