LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA MKN KE KTJ OP TARING WAWASAN, KELANTAN

 

𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆, 𝟑𝟎 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑 – Timbalan Ketua Pengarah MKN (Pengurusan Keselamatan) Tuan Hamzah bin Ishak telah mengadakan lawatan kerja ke MARTAK Lubok Setol Op Taring Wawasan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), di Rantau Panjang, di sini, hari ini.
Ketibaan beliau di MARTAK tersebut telah disambut oleh Komander Briged Tenggara PGA,SAC Sheik Azhar bin Sheik Omar.
Taklimat Op Taring Wawasan Kelantan disampaikan oleh Komander Briged Tenggara PGA berkaitan bentuk penugasan di KTJ dan keberhasilan operasi serta cadangan bagi penambahbaikan peralatan/logistik.
Selain mendengar taklimat, Tuan Hamzah bin Ishak turut mengambil kesempatan untuk meninjau sendiri penugasan anggota, aktiviti rentas sempadan dan penyeludupan bagi penambahbaikan logistik PDRM.
Lawatan bermula dari Pos Ibrahim Pencen, pengkalan haram Syed Agil serta pengkalan haram sekitarnya dan lawatan berakhir di pengkalan haram MCA.
Turut hadir ialah Tuan Jefny bin Muhammad, Pengarah MKN Kelantan, Supt Mannadzar bin Hj Nasib – PP Bn. 9 PGA, pegawai kanan dan deligasi daripada MKN Pusat.
 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut