𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Komunikasi Keselamatan)

Pada 27 Mei 2023 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Keselamatan Komuniti MADANI bagi Menyantuni Warga Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pulau Pinang (APM Pulau Pinang) bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara.

Program Keselamatan Komuniti MADANI ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri bertujuan untuk menyantuni warga APM Pulau Pinang dan menunjukkan kebersamaan Pejabat Perdana Menteri terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat melibatkan pasukan beruniform.

Program ini dijalankan dengan kerjasama erat antara rakan strategik MKN Negeri Pulau Pinang iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Butterworth, telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif penganjuran program.

 

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut