𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜 𝗛𝗔𝗦𝗛𝗜𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

27 Mei 2023 (Sabtu), telah berlangsungnya Program Keselamatan Jejak MADANI bagi menyantuni Keluarga Saudara Muhammad Hawari Hashim, Pendaki Gunung Everest yang masih hilang dan Pertemuan Bersama Komuniti Surau Permatang Kerai Besar di Seberang Perai Utara yang telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri.

Kunjungan pertama oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin telah dimulakan dengan pertemuan bersama ahli keluarga Saudara Muhammad Hawari Hashim iaitu Pendaki Gunung Everest yang masih hilang. YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin telah menyampaikan kata-kata semangat kepada Isteri dan Ibu kepada Saudara Muhammad Hawari untuk terus tabah dalam menghadapi dugaan ini dan memohon kepada tetamu yang hadir agar berdoa supaya misi pencarian dipermudahkan. Di akhir pertemuan tersebut, YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin telah menyampaikan sumbangan kepada Keluarga Saudara Muhammad Hawari Hashim agar dapat meringankan beban mereka.

Seterusnya YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin meneruskan program di Surau Permatang Kerai Besar bagi menunaikan Solat Maghrib dan Bacaan Yassin serta Solat Hajat untuk keselamatan dan dipermudahkan misi pencarian Saudara Muhammad Hawari Hashim. Seusai majlis tersebut, Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin telah mengadakan pertemuan bersama komuniti Surau Permatang Kerai Besar.

Program ini dijalankan dengan kerjasama erat antara rakan strategik MKN Negeri Pulau Pinang iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Butterworth, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara dan IPD Seberang Perai Utara telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

 

 

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi ini …
Maklumat Lanjut

DBKK LAKSANA PEMERIKSAAN BERJADUAL KE ATAS POKOK DIBAWAH SELIAAN

KOTA KINABALU (19 Mei): Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa melaksanakan pemeriksaan ke atas pokok-pokok yang terdapat di sekitar bandaraya …
Maklumat Lanjut

400 MENARA TELEKOMUNIKASI DI SABAH SIAP HUJUNG TAHUN INI

TAWAU (19 Mei): Sebanyak 400 menara telekomunikasi di bawah pelaksanaan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Pertama dijangka siap …
Maklumat Lanjut