KDYMM Seri Paduka Baginda dan Putera Mahkota Abu Dhabi Berangkat Ke LIMA 2023

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi petang ini bagi menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023).
Turut berangkat bersama Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda dan Putera Mahkota Abu Dhabi disambut oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, dan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut