PERASMIAN PEMBUKAAN SEGMEN MARITIM LIMA‘23

LANGKAWI – Acara Perasmian Pembukaan di Segmen Maritim sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA‘23) telah diadakan di Resorts World Langkawi dan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Ketibaan Perdana Menteri dan dif-dif kehormat disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Rahman Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Segmen Maritim LIMA‘23.
Satu penyusupan oleh penyelam menggunakan jet ski dengan membawa kompas perasmian ke hadapan pentas untuk diaktifkan oleh Perdana Menteri menjadi gimik perasmian dan disusuli oleh sebuah demonstrasi bot maritim.
Demonstrasi tersebut mempamerkan pergerakan atau manuvra taktikal aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.
Sebuah lagi demonstrasi keupayaan maritim turut diperlihatkan dengan konsep Inter-Agency Coordinated Rescue Mission (demonstrasi menyelamatkan tebusan) yang mempamerkan aksi dan kepakaran gabungan Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR) APMM, Unit Gempur Marin PDRM dan Jabatan Laut Malaysia bersama aset permukaan dan udara.
Adegan terakhir adalah Fly-Past atau terbang lintas hormat dan Sail-Past yang melibatkan aset udara dan permukaan yang terlibat sepanjang sesi demonstrasi sebagai penghormatan kepada para tetamu di pentas utama yang hadir.
Hadir sama Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor; Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Sumber : Pusat Media Maritim

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …