TERENGGANU MULA MENGGUNAKAN BAS ELEKTRIK PADA 2024

Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) melalui anak syarikatnya Cas Ligas Sdn. Bhd. (Cas Ligas) bakal menyediakan tiga bas elektrik untuk penumpang di bandar raya ini bermula awal tahun hadapan

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT, Wan Adnan Wan Derahman menyatakan bahawa bas yang mengaplikasikan teknologi hijau tanpa petroleum tersebut menelan belanja RM3 juta dan akan memuatkan 32 penumpang pada setiap masa.

Bas Singgah-Singgah berkonsepkan bas pelancongan yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dilihat mempunyai daya tarikan tersendiri selain mengaplikasikan teknologi hijau bebas tanpa karbon monoksida. Dalam pada itu, PMINT juga bercadang untuk memiliki bas berkonsep dek terbuka yang akan menyediakan perkhidmatan minum petang bagi merancakkan sektor pelancongan tempatan.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut