DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4:
TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)
YBrs Tuan Haji Jalil Husni bin Yahaya, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang telah membuat kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri, Pegawai Daerah Barat Daya, Negeri Pulau Pinang. Kunjungan hormat ini telah diadakan pada 19 April 2023 (Rabu) bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Negeri Pulau Pinang.
Semasa sesi kunjungan hormat ini, beberapa agenda telah dibincangkan termasuk kerjasama berterusan selain mengeratkan hubungan yang terjalin di antara kedua-dua agensi sebagai rakan strategik diperingkat daerah dan negeri. Turut hadir bersama dalam kunjungan ini adalah Cik Syafinas binti Azam, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Barat Daya, MKN Negeri Pulau Pinang.