AWAS CUACA PANAS MELAMPAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA  8 : KESELAMATAN RAKYAT

Peningkatan suhu berterusan yang melanda negara yang dijangka sehingga Ogos ini boleh menyebabkan komplikasi kesihatan kepada sesetengah individu seperti strok haba, kekejangan, pitam atau pengsan akibat cuaca panas melampau.

Dr. Mohd Hafiz Jaafar, Pakar Kesihatan Awam berkata cuaca panas melampau boleh menyebabkan kepenatan dan keletihan. Strok haba boleh menyebabkan pesakit mengalami heat syncope di mana mereka akan pengsan atau pitam secara tiba-tiba akibat peningkatan suhu badan dan kepanasan. Dehidrasi akibat kepanasan pula boleh menyebabkan kekejangan akibat ketidakseimbangan mineral dalam badan.

Orang ramai dinasihatkan mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada diserang penyakit yang berkemungkinan berlaku disebabkan cuaca panas melampau seperti memakai pakaian daripada kapas, elakkan berpakaian gelap (warna gelap akan menyerap lebih banyak haba), minum air kosong dengan kerap, kurangkan minuman yang tinggi gula dan kafein bagi mengelakkan dehidrasi berlaku dengan lebih cepat, mandi dengan lebih kerap dan menggunakan pendingin hawa atau kipas untuk menyejukkan badan.

 

Sumber : Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PEMBELI DESAK PEMAJU SIAPKAN RUMAH PROJEK SAKIT

Impian menduduki mahligai baharu pada Januari lalu musnah apabila projek pembinaan kira-kira 200 unit sebuah taman perumahan di Lenggeng di …
Maklumat Lanjut

80 RUMAH DI DUA KAMPUNG TERJEJAS RIBUT

Dianggarkan sebanyak 80 rumah di Kampung Baru Ayer Hitam dan Felda Lui Barat mengalami kerosakan akibat dilanda ribut sekitar jam …
Maklumat Lanjut

SUSPEK MILIKI 23 REKOD JENAYAH CUBA LARI DARI POLIS, REMPUH DUA KENDERAAN

Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod …
Maklumat Lanjut