LATAR BELAKANG PENUBUHAN MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3 : KESEPADUAN NASIONAL (PENGUKUHAN PATRIOTISME)

Penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 merupakan peristiwa yang amat bermakna dan patut diberi perhatian dalam sejarah negara kita kerana ia telah mengubah keadaan politik negara dan rantau Asia Tenggara dengan ketara. Penubuhan Malaysia telah melahirkan konsep negara Asia Tenggara yang lebih besar merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Tunku Abdul Rahman Putra selaku perdana menteri pada ketika itu telah menyatakan hasrat dan cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia  pada 27 Mei 1963 dalam ucapan beliau di Persidangan Persatuan Luar Negeri Asia Tenggara, Singapura. Selepas itu pula, pada 23 Julai 1963, Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah berlangsung di Singapura. Donald Stephens selaku pegerusi mesyuarat tersebut bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa 3 Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa tersebut bersetuju pada mesyuarat terakhirnya untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya kajian tentang pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap penubuhan gagasan Malaysia.  Memorandum tersebut turut bersetuju untuk Perlembagaan Tanah melayu sebagai asas kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi.

Hasil dari kajian Suruhanjaya Cobbold dari Februari hingga April 1962, pihak suruhanjaya mendapati sebanyak 80% penduduk Sarawak dan Sabah menyokong kepada penubuhan Malaysia. Laporan ini kemudiannya  dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British. Kedua-dua Kerajaan bersetuju Setelah setelah kajian yang teliti dijalankan, hampir kesemua cadangan yang diutarakan oleh Suruhanjaya tersebut diterima.

Cadangan penukaran Jawatankuasa AntaraKerajaan (JAK), Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia, jaminan khas dan kuasa  autonomi dalam perkara tertentu diserahkan sendiri kepada Sabah dan Sarawak termasuklah kedudukan istimewa kaum peribumi di kedua Sabah  dan Sarawak. Pembentukan Malaysia sekali lagi berhadapan dengan pelbagai penentangan dan cabaran oleh pemimpin dari Brunei, Indonesia dan Filipina pada tahun 1962. Akhirnya, laporan Suruhanjaya Cobbold telah dibentangkan pada 21 Jun 1962, kepada kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British. Satu Jawatankuasa membuat kajian dan untuk memeriksa dokumen tersebut telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman sendiri mempengerusikan Jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh Tun Abdul Razak, Datuk V T Sambanthan, Tan Siew Sin dan Datuk Dr Ismail Abdul Rahman. Rundingan selama dua minggu di London telah diadakan dengan persetujuan jawatankuasa ini. Pada 9 Julai 1963, upacara menandatangani dokumen perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah berlangsung di Pejabat Perhubungan Komanwel, London.

Wakil daripada kesemua pihak termasuklah Sabah, Sarawak, Singapura, British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menandatangani  perjanjian tersebut. Kesemua pihak bersetuju agar penubuhan Malaysia berlangsung pada 31 Ogos 1963. Oleh kerana laporan Setiausaha Bangsa Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963 penubuhan Malaysia seperti yang dirancang terpaksa ditangguhkan. Akhirnya, pada 16September 1963, penubuhan Malaysia telah diumumkan kepada semua

Rujukan:
  1. http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-19633
  2. https://eprints.um.edu.my/17850/1/DR_JOSEPH_FERNANDO.pdf
  3. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/16-september-1963-bermulanya-sebuah-negara-22232
  4. https://klikweb.dbp.my/?p=10271

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut