ALKISAH ASAL NAMA NEGERI TERENGGANU (BAHAGIAN I)

‘Terengganu’ bukanlah satu perkataan yang didaftarkan dalam Bahasa Melayu. Lantas, bagaimanakah Negeri Terengganu Darul Iman mendapatkan namanya?

Kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu. Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; “Taring apakah?, jawab seorang lain ” Taring anu…” kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja.

Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875) menceritakan lagi, selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor rusa dan dapat dibunuhnya.

Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah masing-masing “di manakan dapat rusa itu? Jawab mereka yang berburu ” di tempat taring anu”.

Ada pula di antara kumpulan itu berjumpa kayu gaharu, apabila ditanya; jawabnya di tepi sungai taring anu”, lama kelamaan lekatlah dipanggil nama”Terengganu”.

Menurut cerita yang dikemukakan oleh Dato’ Kamal Wangsa Jafar bin Mampak seperti berikut pula: “Ada satu taring yang besar tidak sampai gading gajah tetapi lebih besar dari taring-taring binatang liar yang didapati di sebuah pulau yang berhampiran dengan kuala sungai iaitu Pulau Duyong.

Kerana berlainan sangat rupa taring itu, maka ketua pulau itu pun menyembahkan taring tersebut kepada Raja. Apabila Raja bertanyakan taring apa itu, dengan tergesa-gesa mereka menyembahkan “Taring anu Tuanku”.

Oleh kerana pulau itu di seberang sungai Terengganu yang berhampiran dengan kualanya, maka sungai itu pun dipanggil orang sungai “Taring Anu” hingga orang-orangnya pergi ke hulu sungai pun memanggilnya sungai Taring Anu.

Begitulah antara pendapat paling popular berkaitan asal nama Negeri Terengganu. Bahagian seterusnya akan menceritakan pendapat-pendapat lain pula bagaimana Negeri Terengganu mendapatkan namannya.

Petikan : Sejarah Darul Iman
Oleh : Dato’ Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang (Misbaha)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut