MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI MELAKA

AYER KEROH – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 29 April 2023 (Sabtu) bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang bakal menyajikan lebih 70 jenis juadah hari raya untuk pengunjung.

Menurut Urusetia Induk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Melaka, sambutan hari raya pada kali ini bertemakan floral (bunga-bungaan) yang menyediakan sebanyak 60 gerai-gerai makanan yang boleh dipilih oleh para pengunjung mengikut selera sendiri. Katanya, gerai berkenaan terdiri dari agensi Kerajaan Negeri sendiri dengan kepelbagaian menu disajikan, antaranya roti canai, ketupat, rendang, mi goreng, kebab dan banyak lagi.

“Lebih menarik adalah turut diadakan persembahan oleh artis tanah air seperti Siti Nordiana, Ameng Spring, Amir Ukays dan banyak lagi. Setakat ini sudah 80 peratus persiapan dilaksanakan, cuma tinggal kerja-kerja dekorasi gerai, kita percaya tahun ini akan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Kemuncak rumah terbuka itu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang dijangka hadir pada pukul 10.00 pagi.

Katanya, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut hadir bagi menyambut ketibaan Tun Mohd Ali bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Melaka.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …