HARI DOKTOR SEDUNIA 2023

Tarikh 30 Mac setiap tahun telah dipilih sebagai  sambutan Hari Doktor Sedunia.  Profesion kedoktoran merupakan tugas mulia yang sangat penting dan berisiko serta dipandang tinggi oleh setiap lapisan masyarakat. Walaupun kerjaya seorang doktor dipandang tinggi dalam masyarakat tetapi tugasnya sukar, mencabar dan meletihkan mental dan fizikal. 

Perjalanan dan proses yang perlu ditempuhi untuk menjadi seorang doktor bukanlah mudah. Ini  kerana setiap doktor diwajibkan memperoleh Sijil Amalan Perubatan yang sah dan mematuhi syarat tersebut untuk menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Malaysia berdasarkan Akta Perubatan 1971.  

Pesakit datang dalam pelbagai keadaan, situasi dan kes. Ada juga pesakit yang emosinya tidak stabil. Oleh itu, doktor perlu merawat pelbagai jenis penyakit, menghadapi kerenah pesakit, jadual tugas yang ketat dan juga perlu melakukan tugas-tugas pentadbiran.  

Seorang doktor sentiasa mengorbankan masa, tenaga dan juga  waktu rehat atau waktu cuti demi  membantu para pesakit yang memerlukan khidmat kepakaran mereka. Cabaran yang dihadapi ketika bertugas bukan saja memerlukan sikap kental dan kesabaran untuk uruskan pesakit, malah pengalaman itu dapat meningkatkan ilmu dan kecekalan dalam diri. Tekanan dan cabaran sebagai seorang doktor tidak mampu digalas oleh semua orang. 

Tugas mulia ini sentiasa menyediakan perkhidmatan  kepada semua golongan  tanpa mengenal latar belakang,  bangsa dan agama setiap pesakit. Sikap itulah yang  sentiasa diutamakan oleh seluruh doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan mahupun hospital swasta.  

Harapan buat seluruh para doktor, teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kekalkan kecemerlangan  dalam perkhidmatan yang anda  berikan. Para doktor telah bertungkus-lumus berusaha demi kesejahteraaan pesakit dengan penuh iltizam tanpa mengenal penat-lelah dalam menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan. 

Terima kasih doktor di atas segala jasa dan budi serta bakti  yang telah anda curahkan kepada pesakit-pesakit. Syabas. 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut