PAWANA RAMADAN: TUNAIKANLAH ZAKAT FITRAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Ibadat zakat merupakan salah satu dari lima Rukun Islam. Ia meletakkan tanggungjawab kepada golongan yang mempunyai kemampuan terhadap golongan asnaf bagi menjamin keadilan dan kestabilan sosial. Zakat fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas setiap individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Dalil kewajipan menunaikan zakat fitrah ialah seperti berikut:

“Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan” – Al Baqarah: 110.

“Rasulullah S.A.W. mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam” – Riwayat al-Muslim.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat berikut:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menyenaraikan waktu mengeluarkan zakat fitrah, iaitu:

  1. Waktu Harus bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Waktu Wajib bermula selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan.
  3. Waktu Afdhal bermula selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan Sembahyang Sunat Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh bermula selepas Sembahyang Sunat Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  5. Waktu Haram bermula selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidilfitri.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut