JOHOR BAHRU, 8 APRIL 2023 – Kelab Kebajikan dan Sukan MKN Johor telah mengadakan Majlis Seikhlas Hati Seribu Kenangan bagi meraikan Pegawai dan Kakitangan jabatan ini yang telah bertukar keluar dan bersara. Antara yang diraikan adalah Tuan Mohd Tarmizi bin Dan (Pengarah Keselamatan Negeri); Encik Mohd Farid bin Uyop (Penolong Pengarah); Encik Nur Akmal bin Abdul Hamid (Penolong Pengarah); Cik Masuana binti Hassim (Penolong Pegawai Penerangan); Hj. Mardi bin Ngadino (Pembantu Penerangan); dan Encik Md. Said bin Mashor (Pembantu Penerangan). Majlis ini telah berlangsung di Opero Hotel, Johor Bahru.
Majlis turut dimeriahkan dengan program Ihya’ Ramadhan, perkongsian Sirah Nabi bersama Ustaz Luqmanulhakim bin Ab Rahman, Amin Baitulmal Daerah Kota Tinggi, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Majlis kemudian diakhiri dengan sesi berbuka puasa bersama seluruh warga MKN Johor dan kakitangan yang dirai di hotel berkenaan.
Program ini juga merupakan salah satu penghargaan ke atas mereka yang telah banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada MKN Johor. Terima kasih diucapkan kepada semua yang dirai. Semoga terus maju jaya di tempat baru dan jasamu sentiasa dikenang.