MENGGIGIL NAMPAK PAK BELANG LINTAS JALAN DI REMBAU

REMBAU – Seorang pekerja buruh binaan mendakwa ternampak harimau belang melintas jalan di Kampung Batu Putih berhampiran Sekolah Kebangsaan Chengkau di sini pada Isnin.

Menurut Mohamad Zamri Mokhtar, 41, dia melihat kelibat haiwan berkenaan kira-kira jam 7.10 pagi selepas menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal. Harimau itu melintas jalan di hadapan kedai Edden Salai dan berada lebih kurang dua atau tiga meter darinya.

Beliau bernasib baik kerana sempat berhenti dan harimau itu tak menoleh ke arahnya jika tidak, sudah tentu dia diterkamnya. Menurutnya, dia yakin tidak bermimpi dan kejadian itu membuatkannya menggigil.

Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan penduduk. Sementara itu pengawal keselamatan SK Chengkau, Suzaidi Mazli, 38, berkata, susulan cerita penemuan haiwan berkenaan pihak sekolah telah memaklumkan kepada murid-murid pada perhimpunan pagi supaya tidak berada di luar kawasan sekolah.

Dia yang baharu dua tahun kerja di sini dan tak pernah lagi mendengar cerita mengenai pak belang ini. Ada juga cerita ternampak sehingga empat ekor. Walaupun tak pasti cerita sebenar, tetapi dia merisaukan keselamatan semua pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Lada Chengkau, Abdul Latip Alias berkata, cerita berkenaan kehadiran haiwan tersebut sudah timbul sejak zaman nenek moyangnya lagi.Bagaimanapun katanya, setelah sekian lama ia timbul semula dan semestinya menggusarkan penduduk setempat.

Beliau meminta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) agar dapat melakukan siasatan mengenai perkara itu. Dia tidak menolak kemungkinan betul kehadiran pak belang di kawasan itu kerana ia berhampiran terdapat dengan hutan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki memaklumkan kejadian berkenaan. Pihak polis dan Perhilitan sedang mengesan haiwan berkenaan. Penduduk diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak duduk di luar rumah dalam tempoh lama.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗠𝗢𝗧𝗢𝗦𝗜𝗞𝗔𝗟

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

POLIS RAMPAS 3 SENJATA API BUATAN SENDIRI, TAHAN PEMILIK

KOTA BELUD (16 Mei): Polis menahan seorang lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dalam serbuan di sebuah …
Maklumat Lanjut