PREMIS SIMPAN DIESEL BERSUBSIDI MELEBIHI HAD DISERBU

SEREMBAN: Tindakan sebuah premis di Taman Perindustrian Sri Lukut, Port Dickson, dekat sini, membuat simpanan minyak diesel bersubsidi melebihi had dibenarkan menerima padah apabila diserbu pihak berkuasa petang semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Muhammad Zahir Mazlan, berkata hasil pemeriksaan pihaknya mendapati premis terbabit memiliki diesel melebihi had 60,000 liter yang dibenarkan dalam lesen.

Katanya, pihaknya bertindak menyita 98,840 liter minyak berkenaan bagi tujuan siasatan dengan nilai rampasan RM212,506.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti punca dan rantaian bekalan minyak diesel bersubsidi yang terbabit dalam kes ini.

“Pemeriksaan di peringkat pemborong diesel bersubsidi yang dijalankan adalah tindakan proaktif KPDN mengumpul maklumat penting dalam usaha mengenal pasti dan menangani isu ketirisan diesel bersubsidi sepanjang tempoh OPS TIRIS dijalankan.

“KPDN Negeri Sembilan akan terus mengambil tindakan terhadap sindiket membabitkan barangan kawalan bersubsidi jenis bahan api diesel di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …