SUMBER AIR PENERUS KEHIDUPAN SEHARIAN

Masalah kesukaran mendapatkan bekalan air bersih dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk pencemaran, kecurian air mahupun kerosakan infrastruktur bekalan air. Kesukaran mendapatkan bekalan air bersih memberikan kesan yang besar kepada kesihatan manusia, ekonomi dan juga alam sekitar.

Penyebaran penyakit berjangkit seperti kolera, cirit birit dan typhoid boleh berlaku dengan mudah akibat daripada kesukaran mendapatkan bekalan air bersih. Malah, ia juga mampu mempengaruhi produktiviti ekonomi dan kehidupan sosial di kawasan yang terjejas akibat daripada penduduk yang perlu menghabiskan masa mencari atau menanti sumber air bersih bagi menjalankan aktiviti sosial harian seperti mencuci dan memasak.

Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai usaha boleh dilakukan seperti meningkatkan infrastruktur bekalan air, mengurangkan penggunaan air di kawasan yang mempunyai lebih air dan mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya yang boleh mencemarkan sumber air.  Pendidikan dan kesedaran juga penting untuk mempromosikan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya pengurusan air dan menjaga kualiti sumber air.

Semua pihak perlu bekerjasama dan melakukan usaha untuk memastikan bekalan air bersih yang mencukupi bagi memenuhi keperluan hidup manusia dan kelestarian alam sekitar sejajar Teras Keselamatan ke-4 Tadbir Urus yang Baik sebagaimana digariskan di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Disediakan oleh : Sharida Shafie

Sumber berita: Sampai bila nak hadap tiada air?

 

Sinar Harian
Penduduk terpaksa menyediakan tangki tambahan disebabkan bekalan air yang sering terputus di Taman Murni, Gurun, Kedah. FOTO Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut