ELAK KUALA PILAH SESAK: BEBERAPA LALUAN, LAMPU ISYARAT DITUTUP

KUALA PILAH – Beberapa laluan dan lampu isyarat di daerah ini akan ditutup bermula 18 April ini hingga 5 Mei depan bagi mengurangkan dan mengawal kesesakan lalu lintas pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Mohd Faizal Abdul Manap berkata, keputusan itu adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Pengurusan Lalu Lintas Daerah Kuala Pilah oleh Jawatankuasa Pengurusan Lalu-Lintas Daerah Kuala Pilah.

la merangkumi beberapa strategi serta inisiatif pengurusan lalu lintas di sepanjang laluan Kuala Pilah-Seremban atas saranan Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah.

“Penutupan lampu isyarat bermula di persimpangan Ampang Tinggi hingga lampu isyarat di kawasan rehat Taman Rekreasi Ulu Bendul,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, ia akan menyebabkan pengguna jalan raya dari arah Jalan Seremban Lama yang ingin menghala ke Seremban perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan lampu isyarat di hadapan Pasaraya Giant Kuala Pilah kerana lorong menghala ke Seremban akan ditutup bagi melancarkan aliran trafik.

“Kita juga akan melakukan penutupan persimpangan masuk ke kawasan Bandar Kuala Pilah membabitkan persimpangan Jalan Undang Johol – Jalan Perpatih dan Jalan Dato’ Undang Johol Jalan Dato’ Abdul Manap.

“Selain itu, persimpangan Jalan Dato’ Undang Johol – Jalan Ulu Muar akan dibuka dan hanya akan ditutup sekiranya berlaku kesesakan teruk di dalam kawasan Bandar Kuala Pilah,” katanya.

Beliau berkata,bagi pengguna yang ingin masuk ke kawasan Bandar Kuala Pilah dari arah Jempol perlu melalui lorong bersebelahan Bank RHB Kuala Pilah atau melalui Taman Rekreasi Jalan Bukit seterusnya melalui Jalan Perpateh.

Sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan keputusan ini boleh berhubung terus dengan pihak MDKP di Laman Sosial Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah, Instagram majlisdaerah kualapilah dan Twitter @MDKP1.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di talian info trafik-Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah di 06-4842999 bagi perkongsian atau pertanyaan sebarang maklumat berkaitan keadaan trafik.

Tambahnya, para pengguna jalan raya dinasihatkan tidak mengalihkan halangan (road barrier) yang diletakkan bagi tujuan keselamatan kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan orang ramai dan juga diri sendiri.

Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil oleh Pihak Berkuasa jika insiden seperti ini berlaku lagi seperti yang berlaku sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut