AKTIVITI KUARI, PERINDUSTRIAN ANTARA PENYUMBANG JEREBU DI SEREMBAN

SEREMBAN – Aktiviti kuari dan pembukaan kawasan industri baharu berhampiran Nilai di sini dipercayai menjadi antara penyumbang kepada keadaan jerebu di daerah ini sejak pagi Rabu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihak berkuasa pernah menjalankan operasi di lokasi berkenaan berhubung pencemaran udara.

“Saya telah memberi amaran pada dua minggu lepas kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Daerah Seremban untuk memberi perhatian terhadap perkara ini supaya ia tidak menyumbang kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi dan ketidakselesaan penduduk setempat.

“Kawasan tersebut berhabuk dan kering, pengusaha kuari juga diminta untuk melakukan semburan air (di kawasan kuari). Kawasan itu mungkin penyumbang (jerebu), saya tak kata itu penyebab tetapi ia akan diberi perhatian yang serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Menerusi laporan Jabatan Alam Sekitar, Seremban mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 127 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …