MKN KEDAH MERIAHKAN RAMADAN RAIKAN KANAK-KANAK TERABAI

MKN Kedah menyantuni 55 orang kanak-kanak yang berada di Rumah Kanak-kanak Pokok Sena (RKKPS) dalam Program ‘Sedetik Bersama, Selangkah Ke Hati’ tempoh hari.

RKKPS adalah institusi โ€œtempat selamatโ€ bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007 di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Semua 55 orang penghuni di situ adalah kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia 6 hingga 16 tahun di bawah seliaan JKM. Terdapat beberapa kategori kanak-kanak yang ditempatkan di RKKPS ini antaranya di dera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan seks oleh ibu bapa atau penjaga.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendekati golongan kanak-kanak yang teraniaya dan terabai oleh keluarga masing-masing. Memandangkan mereka tidak dapat merasai kemeriahan Ramadan, MKN Kedah membawakan sambutan tersebut dalam majlis ini supaya sekurang-kurangnya dapat mengubat kerinduan mereka kepada keluarga. Melalui pendekatan begini, ianya mampu memberi keyakinan kepada penghuni bahawa masyarakat dan agensi kerajaan sentiasa prihatin dan meraikan mereka dalam apa jua keadaan. Selain itu, melalui pendekatan begini, ianya mampu memberi keyakinan kepada penghuni bahawa masyarakat dan agensi kerajaan sentiasa prihatin dan meraikan mereka dalam apa jua keadaan.

Program ini juga memberi ruang dan galakan kepada warga MKN Kedah untuk memahami dan mendekatkan diri dengan kerja-kerja sosial bagi membentuk masyarakat madani, bersesuaian dengan Matriks Keselamatan Negara: Memelihara Fabrik Sosial di bawah Teras Keenam: Keadilan Sosial, Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Pelbagai pengisian telah diatur bagi meraikan kanak-kanak di RKKPS itu antaranya aktiviti permainan papan, penyerahan sumbangan duit raya, berbuka puasa bersama-sama dan seterusnya solat Maghrib berjemaah. Di samping itu, MKN Kedah juga berbesar hati untuk memberi sumbangan raya berupa kelengkapan solat dan buku cerita untuk digunakan kanak-kanak di sini.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid, Pengetua RKKPS, Encik Harrif Abu Hassan, dan Timbalan Pengetua RKKPS, Tuan Haji Hassan Ahmad.

RKKPS
Encik Mohd Nurul Hasri menyampaikan sampul berisi duit raya kepada kanak-kanak di RKKPS

 

RKKPS
Kanak-kanak di RKKPS ceria berbaju melayu

 

RKKPS
Aktiviti permainan papan bersama kanak-kanak di RKKPS menggembirakan mereka

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut