KOTA BHARU – Polis Kelantan sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan beberapa pihak dalam usaha menghentikan sementara projek pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang berjalan ketika ini bagi mengelakΒ kesesakan jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah membuat perbincangan dengan pihak berkaitan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara sebelum musim perayaan ini.
“Kita ada bincang untuk cuba sebelum raya ini, hentikan sementara atau ada kaedah lain yang boleh digunakan. “Setakat ini, alternatif yang ada ialah sepertimana saya katakan sebelum ini,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.
Beliau yakin perantau sudah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut. Menurut Muhamad Zaki, kesesakan sudah pasti berlaku tetapi pihaknya akan cuba mengatasi masalah berkenaan. Ujarnya, dalam masa yang sama sekiranya ada laluan alternatif lain di Gua Musang, pihak polis akan cuba bincang dengan JKR serta semua pihak yang terlibat.
Sumber daripada : Akhbar Sinar Harian di pautanΒ