ZAKAT MELAKA BELANJA BAJU RAYA

BUKIT BARU 11 April – Zakat Melaka memperuntukkan sejumlah RM15,000 bagi menyalurkan sumbangan baju raya kepada anak-anak fakir, miskin dan yatim sekitar negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Zuhri Iskandar A Rahman berkata, secara keseluruhan sumbangan itu melibatkan 100 kanak-kanak yang mana setiap seorang menerima RM150.

“Anak-anak ini diberi peluang untuk pilih sendiri baju Melayu atau baju kurung mengikut citarasa dan pilihan hati masing-masing.

ZUHRI Iskandar memilih baju raya untuk penerima sumbangan pada program itu.

“Diharap pemberian baju raya ini dapat mengukir senyuman pada wajah anak-anak yang memerlukan,”katanya pada sidang media selepas Program Tautan Kasih Ramadan Bersama Anak-Anak Fakir, Miskin & Yatim di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Zuhri turut mengingatkan kepada seluruh umat Islam di Negeri Melaka agar segera menunaikan ibadah Zakat Fitrah.

“Hasil kutipan zakat dibayar dapatlah kita membantu mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan khususnya asnaf di Negeri Melaka ini.

“Tahun lalu (2022) kita merekodkan seramai 673,673 pembayar Zakat Fitrah, ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2021 seramai 661,703 pembayar zakat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut