KUALA LINGGI 10 April – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah menyertai Operasi Pagar Laut bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) dengan menaiki bot peronda PERKASA 37 milik APMM dan Bot PSC 32 milik PPM. Ianya bertujuan sebagai tinjauan keselamatan di samping menyantuni anggota – anggota keselamatan yang bertugas pada bulan Ramadhan.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai APMMNMNS sebelum operasi bermula
Turut menyertai operasi ini ialah Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan dan Komander APMM Negeri Melaka/N.Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak
PKN Negeri Melaka turut membuat tinjauan keselamatan di Bilik Operasi APMMNMNS
Anggota Keselamatan berbuka puasa di atas bot ketika sedang menjalankan rondaan
Operasi telah menyusuri laluan Selat Melaka bagi memantau aktiviti maritim. Operasi ini akan terus dipertingkatkan bertujuan untuk mengawal dan menyekat kegiatan jenayah rentas di perairan negara dengan memfokuskan kes penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), kontraband serta barangan kawalan di sempadan perairan negara berikutan laluan maritim merupakan laluan utama aktiviti jenayah ketika musim perayaan Aidilfitri.
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama