Kunjungan Hormat Wakil Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor ke atas Dr Mohamad Aznool Haidy Ahsorori, Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB)
Wakil Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor telah membuat kunjungan hormat ke atas Dr Mohamad Aznool Haidy Ahsorori, Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) pada 4 April 2023 (Selasa).
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik di antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor dengan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) dan meneroka program serta aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama secara strategik bagi memperkukuhkan keselamatan negara.
Wakil MKN Johor juga telah dibawa melawat ke fasiliti di bawah Jabatan Perubatan Forensik HSAJB bagi memahami bidang tugas yang dilaksanakan oleh Jabatan ini.
Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Aznool Haidy Ahsorori, Ketua Jabatan Perubatan Forensik HSAJB di atas kesudian untuk menerima kunjungan hormat kami dan menunjukkan sendiri fasiliti di bawah selian Jabatan beliau.





