APA ITU EKSTREMIS?

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8

KESELAMATAN RAKYAT (Ekstremisme)

Negara Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang harmoni daripada dahulu hingga kini dimana masyarakat yang berbilang agama dan bangsa dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan rasa aman dan selamat. Sifat menghormati diantara satu sama lain ini adalah hasil daripada didikan dan pembentukan sahsiah yang bermula daripada rumah, sekolah sehingga ke institut pengajian tinggi dalam membentuk insan yang berkualiti yang akan memacu Malaysia pada masa hadapan. Namun begitu, terdapat jarum-jarum halus yang cuba merosakan keharmonian yang dinikmati sekarang dengan cubaan menanam pemikiran ekstremis terutama dalam fahaman agama, sosiopolitik dan sebagainya ke dalam pemikiran rakyat malaysia.

Antara metode yang sering digunakan kumpulan ekstremis ini dalam mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menyertai kumpulan mereka adalah dengan menggunakan medium internet terutama di media sosial. Umum mengetahui bahawa penetrasi internet bagi rakyat Malaysia adalah meningkat dengan ketara saban tahun. Ini dibuktikan dengan Survey Pengguna Internet Tahun 2020 yang menunjukkan kira-kira 88.7% daripada rakyat Malaysia adalah pengguna aktif internet dan sebanyak 98.7% rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar sebagai peranti utama di dalam melayari internet. Oleh yang demikian, dengan penggunaan internet yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat, kumpulan ekstremis ini telah menyasarkan internet dan media sosial sebagai satu platform mereka untuk menyebarkan perang saraf mereka kepada masyarakat.

Kumpulan ekstremis ini menyebarkan media-media yang telah disunting oleh mereka ke dalam media sosial untuk menarik minat pengguna internet untuk memuat turun dan menonton media tersebut. Suntingan-suntingan yang menarik sama seperti permainan video perang secara tidak langsung dapat mempengaruhi kanak-kanak mahupun orang dewasa untuk terus mencari lebih dalam berkenaan video tersebut. Media-media ini juga turut disunting dengan memainkan imej yang menyentuh perasaan penonton dengan niat agar penonton timbul rasa belas kasihan akan penindasan palsu yang meraka cipta lalu terus terperangkap dengan naratif jahat yang dicipta oleh kumpulan terbabit.

Disamping itu, latar belakang masyarakat yang pelbagai memudahkan kumpulan ekstremis ini terus mempengaruhi minda rakyat untuk terjerumus menyertai kumpulan mereka. Kecetekan pemahaman ilmu agama, mempunyai sifat fanatik yang melampau dan kefahaman dan pegangan yang salah antara faktor bagi seseorang itu mudah terpengaruh dengan ajakan di dalam mesej-mesej subliminal yang dicipta oleh kumpulan tersebut.

Tuntasnya, dalam pada Malaysia sedang bergerak laju kehadapan. Namun, terdapat dapat segelintir kelompok yang dengki akan keharmonian yang kita telah kecapi. Kumpulan-kumpulan ini terus berusaha menggunakan segala medium yang ada untuk meracuni minda dan perbuatan rakyat Malaysia untuk bertindak seperti apa yang mereka mahukan iaitu mewujudkan perpecahan,
keganasan dan kesengsaraan. Kita haruslah mempunyai sifat bertanggungjawab dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terjumpa dengan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan Malaysia di internet terutama di media sosial. Disamping itu, kita juga harus menjauhi sifat ektremisme, fanatik atau radikal dalam setiap perkara dalam kehidupan kerana pendekatan wasatiyah atau jalan pertengahan adalah sebaik-baik perkara.

Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul” (Surah Al-Maidah: 77)
“Sebaik-baik perkara itu ialah pertengahannya.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Sunannya (6319) dan dalam Syu’ab al-Iman (3888)

 

Rujukan:

Razif, M. (2015, May 26). BAYAN LINNAS SIRI KE-24: EKTREMIS AGAMA: PENYELESAIANNYA. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3492-bayan-linnas-siri-24-ektremis-agama-penyelesaiannya

Razif, M. (2018, June 7). BAYAN LINNAS SIRI KE-136 MAFHUM WASATIYYAH DAN UMMATAN WASATAN. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2449-bayan-linnas-siri-mafhum-wasatiyyah-dan-ummatan-wasatan

Hasan, A. S. (2019, February 14). Perang saraf media Daish ancam keselamatan negara. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perang-saraf-media-daish-ancam-keselamatan-negara-198511

Abd Razak, Muhd & abd rahim, Rahimin & Ramli, Mohd Anuar. (2018). ANALISIS FAHAMAN EKSTREMIS AGAMA DAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA. 2. 91-103.

MCMC. (2020). Internet Users Survey 2020 88.7% Internet users in 2020. In https://www.mcmc.gov.my/. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/IUS-2020-Infographic.pdf

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut