TARIK PELANCONG TANPA ABAI ASPEK KESELAMATAN

YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, telah menjalankan tinjauan keselamatan di Pintu Masuk Antarabangsa Bukit Kayu Hitam (PMA BKH) pada 31 Mac 2023. Tinjauan ini bagi melihat situasi semasa di PMA BKH yang juga merupakan pintu masuk perdagangan utama yang menghubungkan Malaysia dan negara jiran, Thailand.

Tinjauan ini turut mengenalpasti ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjadikan lokasi berkenaan sebagai lokasi tarikan pelancong ke negara ini.

Meskipun begitu, aspek keselamatan tidak akan diabaikan dalam usaha membangunkan elemen pelancongan di lokasi ini khususnya berkait keselamatan sempadan.
Tinjauan turut meliputi sekitar kawasan Zon Bebas Cukai dan Bazar Bukit Kayu Hitam.

MKN Kedah ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam yang sudi mengawal trafik semasa tinjauan tersebut diadakan.

Artikel lain:

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/30/tinjauan-keselamatan-yab-menteri-besar-kedah-ke-sempadan-antarabangsa-malaysia-thailand-di-bukit-kayu-hitam/

Keselamatan Sempadan
Datuk Haji Rodzi meninjau keadaan di Pintu Masuk Antarabangsa Bukit Kayu Hitam-Sadao

 

Keselamatan Sempadan
Perbincangan Datuk Haji Rodzi bersama pegawai MKN Kedah yang hadir

 

Keselamatan Sempadan
Datuk Haji Rodzi di Tanda Sempadan (TS) Kedah-Thailand

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut