MENTERI PERTAHANAN BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA TUDM DI PANGKALAN UDARA SENDAYAN

SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 orang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pusat Islam, Pangkalan Udara Sendayan, Bandar Sri Sendayan hari ini.

Kehadiran beliau bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Pangkalan Udara Sendayan merupakan lokasi pertama beliau bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam majlis berbuka puasa tahun ini.

Pada majlis tersebut, Mohamad turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 50 orang daripada lima kategori penerima termasuk asnaf, anak-anak istimewa (orang kurang upaya), pesakit kronik yang terdiri daripada warga TUDM dan waris, balu dan saudara baharu.

Sumbangan yang disampaikan tersebut merupakan inisiatif melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan khususnya warga ATM dalam suasana menyambut Ramadan.

Mohamad kemudian turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib seterusnya menikmati jamuan makan sebelum menunaikan solat Isyak serta solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Staf 1 Agama, Markas Tentera Udara, Leftenan Kolonel Salahuddin Safeie. –UTUSAN.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …