PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok bernilai RM551,749 dalam dua serbuan premis di Kuala Krai pada 27 Mac lalu semasa siding media di JKDM Rantau Panjang.

Serbuan itu dilakukan pada 11 pagi oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang merampas 441,120 batang rokok. Rampasan dianggarkan bernilai RM174,300 di pasaran tempatan dengan kehilangan nilai cukai berjumlah RM367,449. Susulan sebuan tersebut, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan termasuk dua kenderaan turut disita.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengangkut masuk rokok-rokok tersebut dari selatan tanah air dan disimpan di suatu tempat sebelum diedarkan kepada pelanggan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. Jika sabit kesalahan, boleh didenda minimum 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mana yang lebih besar dan maksimum 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara selama suatu tempoh minimum enam bulan dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya.