TPM HADIR KE TERENGGANU BAGI MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN 2023

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, telah bertandang ke Negeri Terengganu bagi berbuka puasa bersama 1,500 orang masyarakat Kuala Nerus pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir pada 28 Mac 2023. Turut diraikan pada majlis tersebut adalah pelajar pusat tahfiz dan asnaf.

Terengganu merupakan lokasi keempat daripada Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Program pertama sebelum ini telah diadakan di Selangor pada 24 Mac lalu dengan majlis berikutnya akan dianjurkan di Pahang, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Kedah/Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan dan berakhir di Sarawak.

Memegang portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, TPM turut menyampaikan sumbangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kepada pusat anak yatim berjumlah RM21,000 dan sumbangan duit raya dan baju raya serta hamper kepada anak-anak yatim. Selain itu, turut disampaikan bantuan kit peralatan dan kursus Quick Win Kemas kepada 60 penerima. Kesemua penerima bantuan itu terdiri daripada belia, beliawanis, suri rumah dan ibu tunggal yang tergolong dalam kategori B40 luar bandar.’

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Wakil pihak MKN Negeri Terengganu turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dan bertemu dengan masyarakat setempat.

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut