RAKYAT TERENGGANU AKAN MENIKMATI LIPUTAN INTERNET LEBIH BAIK DIBAWAH INISIATIF JENDELA

Dalam inisiatif JENDELA yang telah dimulakan pada tahun 2020, Negeri Terengganu menjadi negeri terawal berbanding negeri lain di seluruh negara yang menunjukkan perkembangan positif. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Terengganu, perkara ini terbukti dengan pengoperasian menara telekomunikasi lebih awal berbanding sasaran yang telah ditetapkan.

Daripada 65 buah menara baru dalam inisiatif ini, sebanyak 46 menara telah diserahkan bagi tujuan kerja pengoperasian. Garis masa JENDELA terbahagi kepada dua bahagian iatu bahagian satu dan dua. Bahagian satu dijangka siap pada Oktober 2022 dan Bahagian dua pula adalah proses penyediaan peralatan bagi operasi dalam Julai 2023

Menara komunikasi tersebut beroperasi secara โ€˜Multi Operator Core Networkโ€™ (MOCN) dengan kerjasama Theta Edge Berhad, CelcomDigi, Terengganu Communications Sdn Bhd (TCOMM) dan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT). Sehingga kini, capaian komunikasi di negeri ini telah mencapai sekitar 97.4 peratus berbanding 96 peratus sebelum ini dengan jaminan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengatasi masalah liputan di seluruh Terengganu sekaligus menepati teras dalam Dasar KEselamatan Negara iaitu Teras 5 : Keutuhan Ekonomi (Infrastruktur Digital) dan Teras 6 : Keadilan Sosial (Pengurusan Jurang Digital).ย 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut