TAHUKAH ANDA? MALAYSIA HASIL 830,000 TAN METRIK SAMPAH E-SISA SETAHUN

Tahukah anda? Menurut statistik Jabatan Alam Sekitar (JAS), anggaran sisa elektronik pada 2010 yang merangkumi barangan televisyen, komputer dan bateri yang boleh dicas semula adalah sebanyak 459,762 tan metrik, 2011 (463,866); 2012 (509,684); 2013 (542,420); 2014 (621,673); 2015 (680,963); 2016 (706,853); 2017 (715,852); 2018 (764,957); 2019 (813,340) dan pada 2020 ia terus meningkat kepada 832,692 tan metrik.

Dengan jumlah yang semakin meningkat saban tahun, kaedah kitar semula adalah antara cara terbaik untuk mengurus sisa elektronik termasuk alat peranti.

Ini kerana alat peranti lazimnya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan daripada logam, plastik, mineral dan bahan kimia toksik seperti kromium, merkuri, kadmium, plumbum, beryllium, phthalates, polyvinyl chlorides (PVC), bromin dan antimoni.

Oleh itu, tempat atau pusat pengumpulan khas sisa elektronik termasuk alat peranti diwajibkan mempunyai peralatan, infrastruktur dan sistem yang dapat memastikan tiada pencemaran berlaku sebelum ia dibawa ke tempat kitar semula atau tempat pelupusan yang khusus.

Kaedah kitar semula adalah bagi memastikan sisa elektronik ini dapat dilupuskan dengan kaedah yang betul, mengelakkan pencemaran yang boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar di samping memberi manfaat ekonomi dan sosial.

#BeraniTegur

#TrashToCash

#AmalanMenjagaKebersihan

#PangasinganSisaDiPunca #SAS

#SWCorp #KPKT #PDKN2022 #SWCorpBersamamu

SUMBER: PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM – SWCORP

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …