PENGUATKUASAAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

Negeri Sembilan, 22 Mac 2023: Unit Peronda Bermotosikal ( UPB ) JPJ Negeri Sembilan telah menjalankan Penguatkuasaan secara berfokus ke atas 7 kesalahan utama penyumbang kemalangan dengan fokus utama kepada kesalahan penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tidak berhenti lampu isyarat merah, tidak pakai talipinggang keledar dan potong Q. Penguatkuasaan ini dilakukan di sekitar jalan utama persekutuan, jalan negeri dan pusat bandar.

Pengguna jalan raya adalah dinasihat supaya patuh pada peraturan dan undang-undang semasa pemanduan untuk mengelak kejadian tidak diingini serta kemalangan disebabkan kecuaian dan ketidakpatuhan undang-undang. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …