PAWANA RAMADAN: IBADAT PUASA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK (Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

PAWANA RAMADAN: IBADAT PUASA

Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa kerana Allah s.w.t. telah mensyariatkan umat Islam berpuasa. Dalil kewajipan berpuasa terdapat dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 183, yang bermaksud: 

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Puasa dari segi istilah syarak bermaksud menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.

Terdapat enam (6) syarat wajib puasa iaitu:

  1. Beragama Islam: Ibadah puasa hanya diwajibkan ke atas umat Islam
  2. Baligh: Merujuk kepada satu peringkat perubahan ciri-ciri seks primer dan sekunder tubuh badan dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa disebabkan perubahan hormon. Umumnya, umur baligh bermula antara umur 9 dan 16 tahun bagi lelaki dan perempuan. Anak kecil yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun adalah sangat digalakkan untuk mengajari mereka untuk berpuasa.
  3. Berakal: Orang yang waras, mampu berfikir dan tidak gila.
  4. Bermukim: Orang musafir tidak diwajibkan berpuasa. Namun begitu sekiranya mereka memilih untuk tidak berpuasa, maka diwajibkan puasa yang ditinggalkan itu diganti.
  5. Suci dari haid dan nifas: Wanita dalam keadaan tidak suci kerana haid atau nifas tidak wajib berpuasa. Namun begitu, mereka wajib menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  6. Kemampuan berpuasa: Islam tidak membebankan umatnya yang uzur, sakit dan tidak mampu untuk berpuasa. Namun begitu, mereka wajib menggantikan puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Syarat sah puasa di bulan Ramadan terbahagi kepada empat (4) iaitu beragama Islam, mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk), suci dari haid, nifas, dan wiladah, dan berpuasa dalam bulan Ramadan. Manakala rukun puasa pula ada tiga iaitu orang yang berpuasa, niat dan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum dengan sengaja, memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka, muntah dengan sengaja, keluar haid dan nifas, gila, murtad, keluar mani dengan sengaja dan bersetubuh pada siang hari.

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut