OPERASI PEMERIKSAAN PATI/ETNIK ROHINGYA DI TERENGGANU

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu bersama dengan Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah menjalankan operasi bersepadu ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) dan etnik Rohingya di 6 lokasi berasingan sekitarĀ  Daerah Marang pada 21 Mac 2023 melibatkan kekuatan seramai 8 pegawai MKN Terengganu dan 11 anggota JIM bermula jam 10 pm sehingga 3 am.

Pemeriksaan dijalankan berdasarkan kepada aduan awam dan maklumat risikan yang diterima. Objektif utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk mengesan dan membanteras kebanjiran warga asing khususnya PATI dan juga menjurus kepada mengenal pasti dan mengesan mana-mana individu yang cuba melindungi PATI dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada mereka.

Pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan, rumah-rumah sewa serta kongsi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Dalam serbuan yang dilakukan, pihak JIM telah memeriksa pengenalan diri dan permit kerja seramai hampir seratus orang warga asing termasuk pelarian etnik Rohingya. Hasilnya, lima warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan Projek ECRL hanya menggunakan 70% tenaga kerja dari kalangan warga tempatan manakala baki 30% lagi adalah warga asing yang terdiri daripada warga China, Bangladesh, Indonesia dan Nepal. Sebahagian daripada tenaga kerja asing tersebut telah didapati tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Pemeriksaan dilakukan meliputi sekitar kawasan tumpuan terhadap warga asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen1959/63 bagi membanteras kebanjiran PATI sejajar dengan tujuan penguatkuasaan demi memelihara kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

 

@mknterengganurasmi

Pemeriksaan PATI/Rohingya PART. 2 #MKNTERENGGANU #JIMTerengganu #BanterasPATI #kedaulatannegara #kitajagakitašŸ¤žā¤ļø

ā™¬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut