BAZAR RAMADAN: JANGAN HALANG LALUAN, PILI BOMBA

SEREMBAN: Penganjur bazar Ramadan di negeri ini diingat untuk memastikan peniaga-peniaga tidak menghalang laluan sehingga boleh mengganggu respons masa pihak bomba untuk ke lokasi kecemasan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan , Abdul Khair Osman, penganjur juga perlu mengelakkan peniaga untuk berniaga ataupun meletakkan gerai di lokasi terdapatnya laluan kecemasan dan pili bomba.

Beliau berharap penganjur atau pengurusan bazar Ramadan agar dapat memberi nasihat kepada peniaga-peniaga agar tidak berniaga di lokasi laluan jentera bomba dan lokasi berdekatan pili bomba.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan kemalangan ia akan mengganggu pergerakan penguatkuasaan. Jika ianya berlaku, tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat.

Sehubungan itu juga beliau menambah, pihak bomba akan melakukan pemantauan dan kempen bagi memastikan peniaga bazar Ramadan dapat mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini berlaku.

Selain pemantauan, pihaknya juga mahu memastikan peniaga yang memasak menggunakan api terbuka dan penggunaan gas mengetahui cara untuk memberi respon lebih awal sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Melalui kawal selia sendiri atau self- regulatory ini peniaga akan dapat mengawal kebakaran yang berlaku terlebih dahulu.

Sementara itu, pihaknya turut menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa anggota JBPMNS yang terlibat dalam dua operasi memadamkan kebakaran baru-baru ini selain kepada tiga orang anggotanya yang turut serta dalam operasi penyelamatan mangsa gempa bumi di Turkiye.

Sumber: UTUSAN

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …