PLATFORM SEDEKAH BAGI MASJID DI NEGERI SEMBILAN DILANCAR

SEREMBAN: Satu aplikasi dikenali sebagai Al-Jariyah untuk tujuan bersedekah dibangunkan bagi memudahkan masyarakat menyumbang kepada institusi masjid, rumah kebajikan atau pusat pengajian tahfiz di negeri ini.

Menurut Exco Pendidikan, Perindustrian dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Abd Malek, antara kemudahan yang disediakan adalah untuk infaq, wakaf, khairat dan akikah serta korban.

Aplikasi ini dibangunkan DagangTEK Sdn Bhd, sebuah syarikat IT milik Bumiputera sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka tanpa mengambil sebarang keuntungan.

Pengguna boleh terus memilih surau, masjid atau rumah anak yatim yang ingin mereka sumbangkan dan wang yang dipindah akan terus dimasukkan ke akaun pihak pengurusan masjid atau rumah kebajikan terbabit.

Terdahulu Mohamad Rafie menyempurnakan pelancaran aplikasi berkenaan di Surau Taman Dato Wan, Ampangan, di sini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif DagangTEK Sdn Bhd, Mohamed Hazli Mohamed Hussain.

Aplikasi itu memudahkan masyarakat untuk berinfaq tanpa perlu mengeluarkan wang tunai, malah sumbangan boleh dilakukan setiap hari tanpa pergi ke premis terbabit dengan sedekah dilakukan serendah RM1.

Sebagai permulaan, aplikasi ini memberi fokus terhadap infaq dan wakaf. Ketika ini terdapat sembilan institusi rumah ibadat Islam dan rumah anak yatim di Seremban sudah disenaraikan di dalam aplikasi itu.Ia akan dikembangkan ke seluruh negeri, kemudian ke seluruh semenanjung dan pihak syarikat juga mahu ia dikembangkan ke Sabah serta Sarawak.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut