JABATAN FARMASI HTJ TERBAKAR

SEREMBAN – Suasana panik menyelubungi Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini selepas salah satu ruang di Jabatan Farmasi hospital berkenaan terbakar pada Khamis.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Harlina Abdul Rashid, bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit yang berlaku kira-kira jam 4.05 petang.

Pasukan keselamatan hospital dan petugas hospital bertindak pantas membantu mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak bomba.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jalan Rahang berjaya memadamkan api di lokasi kejadian dan tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa membabitkan kakitangan dilaporkan dalam insiden ini.

Menurutnya, siasatan terhadap punca kebakaran sedang dilaksanakan JBPM.Video kejadian itu yang berdurasi 1.21 saat turut tular di Facebook.Kelihatan kakitangan hospital dilihat berkumpul di luar bangunan dan dapat dilihat asap keluar dari Jabatan Farmasi.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …