SULTAN IBRAHIM KURNIA BOT OPERASI KEPADA KONTINJEN POLIS JOHOR

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan dua boat operasi kecil kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh mewakili Baginda Tuanku Sultan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat di Johor Bahru, hari ini (14 Mac).
Datuk Kamarul Zaman menzahirkan penghargaan dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas kurniaan berkenaan.
“Patik menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Ibrahim di atas kurniaan ini. Buat masa ini, bot berkenaan akan digunakan bersama aset sedia ada bagi operasi rondaan di sekitar Batu Pahat, memastikan keselamatan kediaman mangsa banjir daripada kecurian dan lain-lain.
“Kurniaan ini juga amat membantu dalam operasi lain pada masa hadapan. Kami bersyukur di atas keprihatinan Baginda yang sentiasa mengambil berat usaha polis untuk membantu rakyat,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).
May be an image of 4 people and people standing
May be an image of 12 people and people standing
May be an image of 7 people

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …